SHAKLEE 100 TAHUN

Ramai orang tertanya-tanya. Betulke Shaklee dah berusia seratus tahun??

Shaklee adalah jenama dari US sejak dari tahun penubuhannya sehingga hari ini sudah menjangkaui usia lebih 100 tahun.

Syarikat yang mencipta vitamin pertama  di dunia ini menembusi pasaran Malaysia sejak 30 tahun lalu.


1915

Dr. Forrest Shaklee menghasilkan Vitalized Minerals.

Perkataan VITAMIN yang digunakan pada hari ini adalah kata nama yang diambil dari VITALIZED MINERALS yang dicipta oleh Dr. Forrest C. Shaklee.

Haaa korang mesti terkejut kan?hehe


1956

Dr. Shaklee mengasaskan syarikat berdasarkan falsafah Living in Harmony with Nature yang komited untuk membangunkan produk yang dapat memperbaiki kesihatan orang ramai dan planet ini.


1960

Shaklee memperkenalkan Basic-H Concentrated Organic Cleaner, pembersih terbiodegrasi pertama bebas toksik.

Kalau ada mana-mana company yang mencipta sabun pencuci yang natural, selamat, tiada bahan kimia dan sesuai untuk orang kulit sensitif,

Shaklee lah pelopor kepada pencuci semula jadi. 

Haaa korang ada yang terkejut lagi?


1961

Dr. Shaklee mencipta Instant Protein, formula pertama pengasingan protein soya.


1972
Shaklee memperkenalkan Basic-L, salah satu sabun basuh pakaian terbiodegrasi pertama tanpa fosfat, nitrat atau borat.


1981
Shaklee memperkenalkan sistem penghantaran pelepasan-berterusan berasaskan tumbuhan untuk vitamin c.

Kalau kita beli vitamin c kat farmasi, nampak ada tulis 'time released' atau 'buffered vitamin c', itulah teknologi perlepasan-berterusan. 

Shaklee dah ada teknologi ni dari tahun 1981 lagi. Hebatkan Shaklee❤❤



1983
Rakyat Amerika pertama mendaki Gunung Everest tanpa bekalan oksigen diperkasakan oleh nutrisi Shaklee.



1986

Penerbangan tanpa henti pertama mengelilingi dunia oleh Voyager dikuasakan oleh nutrisi Shaklee.


1986
Shaklee menyediakan sokongan kewangan dan produk untuk rakaman ekspedisi pertama menggunakan anjing peluncur ke Kutub Utara, diketuai oleh pemenang anugerah National Geographic, penjelajah kutub, pengarang dan pendidik Will Steger.


1987

Shaklee dipilih oleh Jacques Cousteau dan Cousteau Society untuk menyediakan produk pembersih mesra alam untuk kegunaan di atas kapal penyelidikan mereka, Calypso dan Alcyone.

Jacques Cousteau ni adalah pengkaji lautan. Dalam menjalankan kajian, beliau terpaksa duduk di lautan dalam, selama tempoh berbulan-bulan. Dalam tempoh yang lama, kapal kecil itu ditumpang oleh hidupan laut seperti keritip dan lain-lain. 

Apabila naik ke darat, Jacques memilih untuk menggunakan pencuci semulajadi Basic H kerana tidak mahu mengganggu habitat semulajadi laut dalam. Jika menggunakan pencuci yang mengandungi bahan kimia, risiko hidupan laut terganggu akan berlaku.


1987

Penerbangan menggunakan kuasa manusia paling lama, iaitu sejauh 72 batu merentasi Lautan Aegean dan dinamakan Projek Daedalus, dikuasakan oleh Shaklee Performance.



1989
Shaklee membantu membina sekolah dan klinik kesihatan, dan menanam lebih 1 juta pokok di Asia melalui perkongsian bersama American Himalayan Foundation, sebuah organisasi yang dipengerusikan oleh Sir Edmund Hillary.


1990

Basic-H bebas toksik dan terbiodegrasi dipilih sebagai salah satu produk rasmi Hari Dunia.


1991
Produk barangan rumah dan penjangaan peribadi Shaklee dipilih untuk digunakan dalam Projek Biosphere 2 di Arizona.


1991
Shaklee memperkenalkan Basic-D, salah satu sabun untuk mesin pembasuh pinggan pertama yang bebas-fosfat.


1992
Shaklee Cares sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan ditubuhkan untuk menyediakan bantuan akibat malapetaka alam seperti tornado dan taufan, dimana tahap kemusnahannya diperburukkab lagi oleh perubahan iklim.


1993

Shaklee membangunkan dan membekalkan NASA dengan minuman penghidrat-semula khusus untuk angkasawan Shuttle yang dinamakan Astro-Ade, yang masih digunakan sehingga kini.


1996
Atlet bertaraf dunia dikuasakan oleh Shaklee memenangi 6 pingat emas di Atlanta.


1998
Shaklee memperkenalkan Enfuselle; salah satu jenama penjagaan kulit pertama berasaskan nutrisi
Disokong oleh 7 paten dan kajian klinikal bernilai $ 1 juta dolar.


2000
Shaklee membuka Pejabat Dunia miliknya, salah satu bangunan hijau, jimat-tenaga, pemenang anugerah, yang direka menggunakan bahan lestari, karpet kitar semula dan plastik kitar semula.


2000
Shaklee menjadi syarikat pertama di dunia mendapat pensijilan neutral-iklim dan mengimbangi sepenuhnya pelepasan karbonnya,menghasilkan impak bersih sifar ke atas alam sekitar.


2002
Shaklee menerima Climate Protection Award daripada Environmental Protection Agency.


2003
Shaklee memperkenalkan Minerelles, salah satu jenama kosmetik pertama semula jadi berasaskan mineral.


2004
Atlet bertaraf dunia dikuasakan Shaklee oleh Shaklee memenangi 15 pingat emas di Athens, Greece.


2004

Roger Barnet dilantik sebagai Pengerusi dan CEO.


2005

Shaklee memperkenalkan salah satu interferon pertama- formula pemangkin imuniti: Nutriferon.


2006
Shaklee mengadakan persidangan neutral-karbon pertama di San Francisco.


2006
Pasukan ski AS dan Luncur Papan Salji AS, atlet yang dikuasakan oleh Shaklee, memenangi 10 pingat di Olimpik Musim Sejuk 2006 di Turin, Itali.


2006
Dr. Wangari Maathai, pemenang anugerah Keamanan Nobel 2004, menjadi Duta Global kempen Sejuta Pokok. Sejuta Impian Shaklee (Shaklee A Million Trees. A Million Dreams)


2007
Shaklee menjadi syarikat pertama di dunia mengimbangi pelepasan karbonnya dengan menyediakan tenaga lestari untuk menjana elektrik di kampung-kampung di Afrika dengan usahasama Earth Institute di Columbia University.


2007
Shaklee menerima pujian daripada bekas Presiden Bill Clinton dan diiktiraf oleh Clinton Global Initiative untuk kepimpinan dalam mengimbangi pelepasan karbon dengan menghasilkan tenaga boleh diperbaharui di Afrika.


2007
Shaklee memperkenalkan Vitalizer, dengan sistem penghantaran perintis dan ekslusif yang terbukti secara klinikal untuk membentuk asas yang membantu menjadikan kehidupan yang lebih penjang dan lebih sihat.


2007
Shaklee diberi penghormatan oleh Global Green USA untuk menerima Organization Design Award untuk peranan kepimpinannya dalam melaksanakan perubahan alam sekitar yang positif.


2007
Kajian terbesar pengguna jangka panjang suplemen, dilakukan dengan kolaborasi bersama penyelidik dari UC Berkeley School of Public Health, mendapati mereka yang mengambil suplemen Shaklee memiliki kesihatan yang jauh lebih baik, berbanding mereka yang mengambil multivitamin jenama lain atau tiada multivitamin sama sekali.


2008
Shaklee menerima Anugerah Stevie untuk Best Corporate Responsibility Program oleh American Business Awards.


2008
Shaklee melancarkan Tru infinity, pelan pampasan pertama sedang dipatenkan untuk membero ganjaran melalui infiniti sebenar.


2008


Shaklee memperkenalkan Vivix dihasilkan secara saintifik untuk Memperlahankan Penuaan di Peringkat Selular.


2008
Shaklee dinamakan dalam senarai Top 20 Retail Partner oleh EPA Green Power Partnership.


2009
Roger Barnett diberi penghormatan dengan anugerah Clean Air Award daripada Breath California sebagai mengiktiraf sumbangan Shaklee Corporation untuk mengurangkan kesan pemanasan global dan memperbaiki kualiti udara.


2009
Shaklee diberi penghormatan dengan Business Environmental Award for Sustainability daripada Acterra: Action for A Healthy Planet.


2009
Shaklee diberi penghormatan dengan Green Power Leadership Award daripada U.S Environmental Protection Agency


2009
Shaklee mencapai matlamat EPA Climate Leaders dengan pelepasan gas rumah hijau bersih sifar dari 2006-2013.


2010
Shaklee dinamakan sebagai Industry Innovator oleh Climate Counts untuk kepimpinan syarikat dalam melaksanakan tindakan sukarela untuk menangani perubahan iklim.


2010
Atlet bertaraf dunia dikuasakan oleh Shaklee memenangi 22 pingat di Vancouver, Kanada.


2012
Atlet bertaraf dunja dikuasakan oleh Shaklee memenangi 7 pingat di London.


2013
Shaklee memperkenalkan Shaklee 180, cara baharu menurunkan berat badan dengan betul- lemak, bukan otot- pelajari cara untuk mengelakkan penammbahan semula berat badan.


2014
Atlet bertaraf dunia dikuasakan oleh Shaklee memenangi 10 pingat di Sochi, Russia.


2014
Shaklee memperkenalkan MindWorks, penemuan terkini dan termaju dalam sains otak.


2015
Shaklee membuka Dr. Forrest C. Shaklee Innovation Centre, menyediakan ruang untuk penemuan saintifik selama 100 tahun lagi.


2015
Komisyen Shaklee seluruh dunia berjumlah $7 bilion.


2015
Shaklee Life Plan diperkenalkan, plan nutrisi harian paling menyihatkan di dunia ini.

Comments