Review Kisah Benar Graduan Ke Ladang
Hai Assalamualaikum korang. Terima kasih kerana sudi singgah hinggap ke blog yang biasa-biasa saja ini.
Hari ini adalah hari ke-empat Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 dijalankan bersamaan lima hari aku berdampingan dengan Ches Al Maliki, penulis buku Graduan Ke Ladang.
Graduan Ke Ladang adalah kisah benar seorang traveller, surviving hidup selama 3 tahun di negara kanggaroo, Australia.
Ini bukan kisah percutian biasa. Tapi ini adalah kisah bagaimana anak muda mengembara dan membina hidup, sebarkan kebenaran Islam, mencari dan mengumpul puluhan ribu DOLLAR, practising Islam in daily life, memberi gambaran dan mempraktiskan Islam itu mudah dan bagaimana menjadi manusia yang dapat memberi manfaat kepada orang lain.
Beliau masuk ke Aussie dengan holiday visa sahaja. Masuk dengan bantuan agen dan tanpa bimbingan, mujur agen yang dibayar beliau sedikit baik. Tak menipu.
Menjadi pemetik buah di ladang, bekerja tanpa permit (oleh kerana tiada bimbingan). Di dalam buku ini Ches Al-Maliki ada juga menerangkan bagaimana untuk masuk ke Aussie secara sah.
Jika anda pernah bercita-cita untuk ke ladang Australia, ya benar, di ladang Australia dibayar $17 Australian Dollar satu jam bekerja sekurang-kurangnya.
Bacalah buku ini. Anda akan dapat gambaran yang betul untuk ke sana. Tanpa perlu membayar agen pun.
Bagaimana menyewa rumah.
Bagaimana membeli kereta.
Bagaimana membuat persediaan untuk bekerja di sektor lain apabila bertukar musim. Semunya diterangkan di dalam Graduan ke Ladang.
Comments
Post a Comment