ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)

KENALI ESP `ENERGIZING SOY PROTEIN`

Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya.
Hakikatnya, pengasingan protein yang pertama ini dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an.



Kini banyak ujian klinikal telah membuktikan bahawa Dr. Shaklee telah lama mengetahui protein soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.


Energizing Soy Protein ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan.

Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi non-GMO (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah.

Tambahan pula, setiap 850g dihasilkan dari 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

Energizing Soy Protein dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.


Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai semua peringkat umur, tua dan muda.


Manakala, kandungan Indeks Glycemic (G.I) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai diambil oleh penghidap kencing manis.

Satu hidangan ESP bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu rendah lemak, tiada kolesterol, tiada uril asid dan sangat mudah diserap tubuh manusia.

Tahukah Anda?
Indeks glisemix menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah.

Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glicemic (GI) yang tertinggi manakala Gi yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan.

Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangka masa panjang.

Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan.

Energizing Soy Protein dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavones genistein dan daidzein yang kritikal demi membekalkan seluruh kebaikan soya.


KEBAIKAN YANG KITA PEROLEHI APABILA MENGAMALKAN ENERGIZING SOY PROTEIN

 Awet Muda
Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.

Baik untuk Hormon
Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah rosiko osteoporosis dan sakit jantung.

Baik untuk Prostat
Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel uterus, ovari, menopous dan pembesaran prostat.

Kulit Remaja
Meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan,agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepatkan kesembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

Pembekal Tenaga
Membekalkan tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, cegah migrain, insomnia dan tekanan.


Membaiki Pigmentasi
Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.

 Membaiki Memori
Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan ransangan.

KEPENTINGAN PROTEIN DALAM TUBUH KITA
Protein adalah bahan utama daalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga meransang fungsi psikologi.



Maka, setiap organ kita memerlukan protein. Kekurang protein menyebabkan masalah dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon, dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.

MENGAPA MENGAMBIL PROTEIN SOYA LEBIH BAIK DARIPADA PROTEIN BERASASKAN DAGING?


APA ITU ASID AMINO?

Protein terdiri dari 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protein yang berbeza mengikut kepada keperluan protein dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.

Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ini dikenali sebagai asid-amino tak perlu. 

Manakala asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan harus diperolehi dari sumber makanan dikenali sebagai asid-amino perlu. Shaklee menyediakan kesemua 9 asid-amino perlu tersebut.

Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserver Program (IPP). Ia memastikan kacang soyabebas daripada pendedahan perubahan genetik, bermula daripada benih sehinggalah kepada hasil pengeluarannya.

PENGAMBILAN PROTEIN YANG DISYORKAN MENGIKUT PENGKAJI
Mengikut kajian, pengambilan protein yang dicadangkan adalah 0.8-1 gram untuk setiap kg berat badan manusia.
Jika seseorang itu mempunyai berat badan 60kg, pengambilan protein yang sesuai adalah 48gram setiap hari.

KESAN KEKURANGAN PENGAMBILAN NUTRIEN PROTEIN DALAM PEMAKANAN

Hilang Kepejalan Otot
Kekurangan pengambilan protein menyebabkan otot hilang pejal, kekejangan otot, badan lemah dan sakit.
Tubuh kita akan mengambil protein yang tersimpan di bawah lapisan tisu untuk membina tenaga jika pengambilan protein dalam pemakanan harian kurang.

Proses Penyembuhan Luka Lambat Berlaku
Kekurangan protein menyebabkan proses penyembuhan luka menjadi lambat dan pembentukan kolagen menjadi sangat perlahan.

Jangkitan
Sistem imun yang kuat adalah dengan adanya protein yang cukup.
Kekurangan protein menyebabkan lemah sistem imun, keupayaan melawan jangkitan menurun dan risiko mendapat jangkitan meningkat.

Tanda-tanda kekurangan protein di dalam tubuh







REKOMENDASI PENGAMBILAN ESP
Boleh diambil tidak lebih 3 sudu besar bersamaan 28g setiap hari.

Comments