BETUL KE DENGAN AIR FRYER, KORANG DAPAT MAKANAN YANG LEBIH SIHAT?


Penggunanan air-fryer terbukti dapat menjimatkan 70-80% penggunaan minyak. 

Kurang penggunaan minyak dalam makanan boleh membantu penurunan berat badan..

Tapi tahukah korang, ikan yang digoreng menggunakan air-fryer menghasilkan bahan yang dipanggil Cholesterol oxidation products (COPs)

Kajian mengaitkan bahan ini dengan penyakit jantung, pengerasan arteri, kanser dan beberapa penyakit lain. (1) 

The Chinese daily pula melaporkan tinjauan yang dibuat oleh Consumers Union of Korea, kentang yang digoreng menggunakan air-fryer dari beberapa jenama mempunyai carcinogen yang melebihi paras tinggi dan boleh menyebabkan kanser! (2)

Makanan yang terlebih masak atau terbakar menjadi carcinogenic dan meningkatkan risiko kanser. 

Contohnya, daging yang dimasak dengan suhu yang terlalu tinggi akan membentuk heterocyclic amines (HCAs) dan polycyclic aromatic hydrocarbon (PAHs)

Acrylamide pula terbentuk dari masakan berkarbohidrat dengan suhu yang terlalu tinggi. 

Menurut National Cancer Institute, HCAs dan PAHs adalah mutagen yang boleh menyebabkan risiko kanser dan Acrylamide pula boleh memberi kesan kepada sistem saraf (3)

Jadi macam mana nak elakkan air-fryer korang dari hasilkan agen penyebab kanser?

👉Elakkan memasak sayur menggunakan air fryer, dimana folic acid, vitamin B &C akan rosak bila dipanaskan.

👉Campurkan herba yang bertindak sebagai anti oxidant untuk mengurangkan kandungan COPs dalam masakan air-fried korang. 

👉Elakkan masak 'processed food' di dalam air-fryer, kerana minyak yang dihasilkan membentuk trans fat dan tak menyihatkan.

👉Elakkan dari mengguna suhu lebih 180+darjah Celsius. Ia akan meninggalkan bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser.

👉Gunakan air fryer kurang dua kali dalam sebulan.

👉Set masa air fryer anda dengan masa yang sesuai, jangan terlalu lama.
 

Comments

  1. Top 10 Best Casinos with Slot Machine Games: Top 5 Casino Sites
    In 양주 출장안마 addition, 과천 출장안마 you 제천 출장안마 can find the best live casino games, including slots, table games, live dealers and a 서귀포 출장마사지 lot more in our top 진주 출장안마 five casinos!

    ReplyDelete

Post a Comment