TERIMA BARANG ROSAK DARI SHOPEE? MACAM NI CARA DIA

[Refund shopee kita kena hantar gambar beserta video jika perlu. Create πŸ”— google drive untuk video berdurasi minimum 1 minit.]

Dah jadi kebiasaan, Cuna kalau window shopping dalam online store, cuna akan tengok rating paling rendah dulu. 

Dalam rating paling rendah tu, tengok komen buyer dan respon dari seller. Bagi cuna, seller yang tak bertanggungjawab akan biar je komen buyer rating rendah tanpa respon. 

Satu hal lagi, cuna perasan behavior buyer bila bagi rating. Bagi rating 5 bintang, tapi bungkusan belum buka. Sungguh tak membantu. Yang dapat barang rosak pulak, kenapa tak refund? Aduh. Ruginyaa.

Beli barang dalam online store ni cuna akan selidik betul-betul dan teliti. Sebab malas nak layan barang rosak, refund apa semua ni yang melecehkan. 

Baru-baru ni kakak cuna minta cuna belikan jam. Rating semua bagus lah kedai tu. Barang pun dah 5k unit terjual. Cuna pun orderkan 4 utas jam untuk kakak tanpa ragu-ragu. 

Bila sampai jam tu, ada satu yang jarumnya tak bergerak. Cuna chat kat seller, hantar rakaman video. Seller suruh tukar bateri. Masalahnya, kalau iya betul tu masalah bateri, tak apa. Kalau masalah lain? 

Cuna minta maaf, bab tuntut hak ni cuna memang fighterπŸ˜†

Sapa suruh hantar barang tapi tak check dulu? Kita beli sebab kita letakkan kepercayaan kita pada seller tau. 

Siapa yang terima kalau percaya yang kita letak tu dipijak? Kan. 

Cuna terus appeal refund. Dalam appeal refund tu kita kena letak gamba bukti barang tu rosak. 

Cuna letaklah gambar jam tu kan. Tapi gambar je mana nak nampak jam tu berfungsi ke tidak. 

Seller raised dispute. Dia kata dia hantar barang yang kita order. 

Memang la barang tu sama macam dalam gambar. Tapi aku tak suruh kau hantar yang tak berfungsi tau seller. 

Rasa macam gigil masa tu, dah lama tak rasa bergaduh macam ni. 

Shopee suruh cuna hantar lagi bukti. Nak hantar bukti padiaa lagi. Kena hantar video baru nampak barang tu tak berfungsi . Tapi masalahnya tak boleh nak hantar video kat situ. 

Lepas tu agent shopee respond. Dorang ajar cuna untuk upload dalam google drive atau upload dalam youtube. Lepas tu share link. 

Cuna ikut instruction dia bagi dan share link google drive. Selang berapa jam tu, shopee pulangkan balik duit jam tu. Laju gila agent shopee buat kerja! Terbaik!

RASA MACAM MENANG PERANG WEHπŸ˜†

Korang, kalau satu masa nanti ada masalah pada barang yang korang beli dari online store, jangan accept. Rugi. 

Belilah apa pun dalam shopee lazada tu. Tapi jangan sesekali beli Shaklee tau! HARAM

Shaklee haramkan penjualan melalui laman e commerce, shopee lazada dsb. Jadi kalau ada kawan cuna kat sini yang beli kat laman e-commerce, korang dikira subahat tau. 

Penjualan dari laman e-commerce tak ada jaminan kualiti dari Shaklee. Boleh jadi barang tu fake, selalu seller haram ni buat repack vitamin Shaklee. 

Waktu covid ni, buat repack macam tu. Bahaya! 

Satu hal lagi kalau beli dari shopee lazada then dapat barang expired, atau dekat nak expired, takde jaminan dari Shaklee jugak. Rugi sangat.

Korang dah baca sampai sini? Terbaik. Cuna doakan orang yang baca tulisan cuna ni agar dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu. Ameen. 

Cuna nak pesan, kalau beli barang dalam online store, pilihlah kedai yang korang boleh percaya. 

Cuna ada dua kedai trusted seller kat shopee yang cuna boleh recommend. 

Satu kedai jual kotak cincin, sesuai buat hantaran tunang atau nikah. Ada jugak makanan dalam kedai ni. https://shopee.com.my/preciouspick.my?smtt=0.0.9
Cuna beli cornflakes salted egg, dapat 900 coins! Pemurah sangat seller ni❤️

Satu kedai lagi jual pakaian muslimah. Ada offer 17% cash back lagi. https://shopee.com.my/dnynaexclusive?smtt=0.0.9

Korang yang baca ni, kalau ada setup kedai kat shopee jugak, cuba komen link kedai korang kat bawah. Cuna nak jalan-jalan window shopping πŸ›’

Cuna trusted Shaklee Distributor. Kalau ada apa- apa nak tanya pasal Shaklee, haluhalu je 017 875 9440 atau wasap, http://cunayourhealthbuddy.wasap.my

#cunashare
#creduloussuccessgroup 
#letsshakleewithcsg

Comments